Soalan Lazim (FAQ)
Ada soalan? Kami ada jawapan. Ketahui lebih lanjut tentang Contributor Programme, point scoring, ganjaran dan banyak lagi.
Mengenai Contributor Programme
Adakah saya perlu menjadi Contributor untuk guna HabisTu+?
Tidak. HabisTu+ boleh digunakan seperti biasa tanpa status Contributor. Contributor Programme ialah lapisan tambahan untuk recognition, point dan ganjaran.
Apa sebenarnya Contributor Programme?
Ia ialah programme untuk HabisTu Friend yang mahu aktiviti layak mereka mula dikira sebagai Contributor Points dan seterusnya membina kelayakan Contributor.
Bagaimana saya mula menyertai programme?
Daftar sebagai HabisTu Friend, pilih untuk masuk Contributor Programme dan lengkapkan Identity Verification sebelum aktiviti seterusnya mula layak untuk Contributor Points.
Adakah Identity Verification wajib untuk semua pengguna?
Tidak. Ia hanya diwajibkan apabila anda memilih untuk masuk Contributor Programme / Contributor Points system.
Kenapa Identity Verification diperlukan?
Ia membantu keselamatan programme, memastikan kelayakan point lebih adil dan mengurangkan penyalahgunaan akaun atau aktiviti palsu.
Apa itu Founding Season 90 hari?
Ia ialah tempoh pembukaan programme selama 90 hari. Jika anda mencapai 2,000 Lifetime Approved Points dalam tempoh ini, anda mendapat designation Founding Contributor.
Apa beza Founding Contributor dan Certified Contributor?
Kedua-duanya memerlukan 2,000 Lifetime Approved Points. Founding dicapai dalam Founding Season 90 hari; Certified dicapai selepas tempoh itu.
Apa jadi jika saya belum capai 2,000 point apabila Hari 90 tamat?
Point anda tidak reset atau luput. Anda terus mengumpul daripada baki sedia ada sehingga mencapai 2,000 dan kemudian menjadi Certified Contributor.
Point Scoring
Bila Contributor Points mula dikira?
Hanya aktiviti layak selepas Identity Verification yang diperlukan telah diluluskan. Aktiviti lama tidak ditambah secara retroaktif.
Berapa point untuk satu post yang layak?
Satu eligible published post menerima +10 point sekali sahaja.
Bagaimana reaction dikira?
Setiap valid unique reaction memberi +1 point, sehingga 25 reaction / +25 point bagi satu post.
Bagaimana komen dan reply dikira?
Setiap valid unique commenter atau replier memberi +3 point, sehingga 10 individu unik / +30 point bagi satu post.
Bagaimana save dikira?
Setiap valid unique save memberi +3 point, sehingga 5 save / +15 point bagi satu post.
Adakah share memberi point?
Tidak. Share direkodkan tetapi memberi 0 direct Contributor Points dalam V1.
Adakah reaction, komen atau save pada post sendiri dikira?
Tidak. Self-interaction memberi 0 point.
Apakah Max point bagi satu post dan apa maksud Pending / Approved / Reversed?
Max normal V1 ialah 80 point per post. Pending belum selesai validation, Approved sudah sah dan dikira, manakala Reversed ialah point yang ditarik balik selepas adjustment atau moderation yang sah.
Contributor Pool & Earnings
Apa itu HabisTu+ Contributor Pool?
Ia ialah satu pool programme-wide yang diperuntukkan daripada Eligible Net Advertising Revenue untuk Contributor yang memenuhi syarat.
Berapa kadar Contributor Pool?
Kadar awal ialah 10% daripada Eligible Net Advertising Revenue untuk 12 bulan pertama operasi rasmi Contributor Pool.
Bila Contributor Pool mula aktif?
Contributor Pool diaktifkan pada Bulan ke-6 programme. Bulan 1–5 digunakan untuk observation, scoring validation dan operational readiness.
Adakah 10% itu menjamin jumlah RM yang saya akan dapat?
Tidak. Yang dijamin untuk tempoh awal ialah kadar allocation 10%, bukan jumlah RM tertentu atau payout individu.
Apa syarat bulanan untuk layak menerima share daripada Pool?
Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 500 Approved Points dalam applicable month selepas anda sudah menjadi qualified Contributor.
Apa beza 2× dan 1× Pool Points?
Selepas melepasi gate 500 Approved Points, active Founding Contributor menggunakan 2× Pool Point weighting manakala Certified Contributor menggunakan 1×.
Bagaimana share individu dikira?
Share individu adalah berdasarkan eligible Pool Points anda berbanding jumlah eligible Pool Points semua Contributor yang layak dalam bulan tersebut, kemudian digunakan terhadap available Contributor Pool.
Apa jadi jika Founding Contributor kurang 500 Approved Points selama enam bulan berturut-turut?
Selepas enam consecutive applicable months di bawah 500, active Founding monetisation perks ditarik balik secara kekal. Historical Founding designation kekal, tetapi future eligible pool participation menggunakan normal 1× weighting.
Rules, Payment & Terms
Adakah Contributor Pool sama seperti gaji atau bayaran tetap?
Tidak. Ia ialah allocation daripada Eligible Net Advertising Revenue untuk Contributor yang layak, bukan salary atau fixed payment.
Bolehkah aktiviti sebelum verification dikira kemudian?
Tidak. Tiada retroactive backfill untuk aktiviti sebelum syarat verification dipenuhi.
Apabila saya baru capai 2,000 point, adakah point sebelum masa qualification dikira untuk Pool bulan itu?
Tidak. Untuk first qualified month, hanya Approved Points daripada scoring events selepas qualification timestamp yang dikira untuk gate 500 point dan Pool Points.
Apa berlaku jika ada fraud, manipulation atau point perlu direverse?
Aktiviti boleh ditolak atau direverse. Jika payout bulan tersebut belum dibayar dan ada credible investigation, payout berkaitan boleh diletakkan dalam Hold / Under Review sehingga semakan selesai.
Bila payment akan dibuat?
Payment timing dan proses operasi akan ikut Contributor Programme Terms & Conditions rasmi serta finalisation setiap Contributor Pool. HabisTu+ tidak akan menjanjikan tarikh pembayaran sebelum mekanisme rasmi diterbitkan.
Adakah Contributor Programme sama dengan Founding Partner programme?
Tidak. Contributor Programme adalah untuk penyumbang komuniti. Founding Partner programme untuk agency dan freelance media manager adalah programme berasingan.
Contributor Programme Terms & Conditions
Dokumen rasmi Terms & Conditions akan diterbitkan sebelum monetary Contributor Pool diaktifkan. Versi BM ialah canonical/control version sekiranya terdapat perbezaan tafsiran.
Nota bahasa: Jika terdapat perbezaan atau ketidakselarasan antara versi BM dan English, versi Bahasa Melayu akan diguna sebagai rujukan utama.